|
|
Visi & Misi HEP
Visi HEP Kolej UNITI
Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pembangunan pelajar dan menjadi komponen penting dalam mencapai visi dan Misi kolej untuk melahirkan pelajar yang serba boleh.
Misi HEP Kolej UNITI
Untuk membina dan mengembangkan sektor pembangunan dan perkhidmatan pelajar bagi menghasilkan pelajar bermutu tinggi
Yang berkeperibadian unggul dan berdaya pimpin untuk mencapai hasrat kolej bagi memajukan aspirasi bangsa dan negara
Piagam pelanggan HEP
Kami beriltizam untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan mempertingkatkan kualiti pengurusan, Pentadbiran, dan perkhidmatan ke arah pembangunan modal insan secara menyeluruh, selaras dengan motto kami.
Kami juga berazam untuk membantu mengatasi masalah pelanggan dalam suasana mesra dan hikmah. Untuk mencapai hasrat.
Ini kami bersedia:
Memberi perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, berbudi bahasa dan mesra, cepat dan tepat kepada pelanggan
Secara profesional
- membimbing pelajar untuk menganjurkan aktiviti berteraskan visi dan misi Kolej UNITI
- mengamalkan etika kerja yang baik
- memastikan urusan penajaan pengajian di peringkat kolej diuruskan dalam tempoh tiga minggu selepas pelajar
Mendaftar
- memastikan kemudahan, kebajikan, kesihatan dan keselesaan pelajar sentiasa dijaga dan diberi perhatian
- membentuk sahsiah pelajar berpandukan kepada budaya minjaroes
- memastikan disiplin pelajar dipantau dan dikawal berlandaskan kepada peraturan kolej
Objektif HEP
Membangunkan potensi pelajar dalam aspek mental. Fizikal, dan kerohanian menerusi program dan aktiviti pelajar dalam
Bentuk kurikulum dan ko-kurikulum
- mewujudkan masyarakat kampus yang berpedoman
- memupuk semangat berorganisasi
- memberi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan
- menjaga kebajikan dan keharmonian
- membentuk generasi pelajar yang berbudi mulia
Menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- berilmu
- beriman
- berakhlak
- bijaksana dan berhemah tinggi
- berwibawa
- cergas
|