|
|
Dari Meja Penolong Pendaftar H.E.P
dan Salam Sejahtera.
 |
Bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kesempatan ini untuk berkumpul dan bertemu bersama-sama dengan seluruh warga kolej bagi menyokong perjuangan memartabatkan kegemilangan Kolej UNITI (KU) di persada antarabangsa.
Tahniah dan selamat datang saya ucapkan kepada semua siswa/i baru yang telah memilih Kolej UNITI sebagai satu wahdah perjuangan di dalam dunia pendidikan. |
Kolej UNITI adalah sebuah kolej yang cukup unik jika hendak dibandingkan dengan IPTS yang terdapat di seluruh Malaysia. Dengan terciptanya Peraturan Tetap Kolej UNITI berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah dan Akta Universiti & Kolej UNITI (AUKU), maka siswa/i terpelihara daripada dakyah-dakyah yang boleh memesongkan niat sebenar siswa/i untuk belajar bersungguh-sungguh sepertimana janji siswa/i kepada ibubapa semasa kali pertama menjejaki kaki ke Kolej UNITI.
Selaras dengan itu, saya menyeru kepada seluruh warga kolej amnya dan semua siswa/i khususnya untuk mematuhi segala peraturan sepertimana terdapat didalam Peraturan Tetap Kolej UNITI demi kebahagiaan dan kesejahteraan kita duniawi dan ukhrawi.
Bersama-samalah kita mencipta sejarah dan kejayaan yang positif agar kewujudan kita di Kolej UNITI ini tidak disia-siakan begitu sahaja. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej UNITI akan sentiasa memberi peluang dan ruang kepada siswa/i yang ingin berhijrah menjadi seorang insan yang lebih baik dan menggilap sifat kepimpinan dalam diri masing-masing. Anggaplah peristiwa pahit yang lalu terus berlalu dan hadapilah masa hadapan dengan penuh kejayaan yang cemerlang. Saya amat mengalu-alukan siswa/i untuk melontarkan pendapat dan idea-idea baru demi kebaikan bersama.
Saya dan Bahagian HEPKU mendoakan agar perjuangan siswa/i KU istiqamah dan berterusan di dalam menuntut ilmu yang diibaratkan seperti setitis air di lautan yang cukup luas.
Wassalam...
|