PENGENALAN
Kolej UNITI selaku sebuah Institusi Akademik yang memikul tanggungjawab besar dalam pembentukan generasi terpelajar yang berpedoman menjadikan Bahagian Hal Ehwal Pelajar sebagai satu jambatan utama untuk mencapai matlamat penubuhannya. Menyedari akan hakikat itulah maka usaha-usaha terus dijalankan tanpa berhenti oleh Hal Ehwal Pelajar.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej UNITI adalah berhasrat untuk mencapai objektif berikut
- Mewujudkan masyarakat kampus yang menjunjung tinggi ajaran agama
- Memupuk semangat berorganisasi
- Memberi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan
- Membentuk generasi terpelajar yang berbudi dan berakhlak mulia
Bagi memenuhi objektif dan matlamat ini, maka diwujudkan unit-unit di bawah HEP untuk merancang dan melaksanakan aktiviti iaitu :
- Majlis Felo
- MPRS
- Program Siswa Waja
- Ceramah Umum Unit Ko-Kurikulum
- MPP
- Jawatankuasa Bertindak Disiplin
Kolej UNITI selaku sebuah Institusi Akademik yang memikul tanggungjawab besar dalam pembentukan generasi pelajar yang berpedoman menjadikan Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar sebagai satu jambatan utama untuk mencapai matlamat penubuhannya.Menyedari akan hakikat itulah maka usaha-usaha terus dijalankan tanpa henti oleh Hal Ehwal Pelajar.
Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar Kolej UNITI adalah berhasrat untuk mencapai objektif berikut :
- Mewujudkan masyarakat kampus yang berpedoman dan menjunjung tinggi ajaran Islam
- Memupuk semangat berorganisasi
- Memberikan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan
- Menjaga kebajikan dan keharmonian
- Membentuk generasi terpelajar yang berbudi dan berakhlak mulia
Bagi memenuhi objektif dan matlamat ini maka diwujudkan unit-unit di bawah HEP untuk merancang dan melaksanakan hasrat ini.
1. MAJLIS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (MPRS)
MPRS merupakan satu unit yang diwujudkan di bawah HEP Kolej UNITI. Ia dianggotai oleh beberapa penasihat yang terdiri daripada para pensyarah dan ahli-ahli di kalangan pelajar-pelajar terpilih.Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan kepada kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar itu sendiri. Pelajar-pelajar ini bertindak sebagai contoh kepada rakan-rakan mereka yang lain dan kebiasaannya akan dipilih menjadi wakil-wakil pelajar dalam MPP atau kelab-kelab.
2. MAJLIS FELO
Majlis Felo diwujudkan di bawah bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej UNITI. Dianggotai individu di kalangan pensyarah , ia dipertanggungjawabkan memantau dan menguruskan hal ehwal pelajar di kawasan kediaman.
Matlamat :
Mewujudkan suasana kediaman harmoni dan kondusif bagi membentuk penghuni berketrampilan.
Objektif :
-Membantu pihak PK dalam menentukan keselamatan kawasan kediaman dan
penghuni.
-Bekerja bersama-sama organisasi pelajar mengikut blok dalam mengekalkan
tahap keselamatan di kawasan kediaman
-Membantu pihak PK melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat menyumbang
kepada keselamatan seperti ”fire-drill” , pemeriksaan bilik ke bilik dan sebagainya.
-Membantu pihak Unit Harta dalam memastikan segala harta benda Kolej di
kediaman berada pada tahap yang baik.
-Memastikan aspek-aspek peraturan yang melibatkan keselamatan difahami dan
diikuti oleh semua penghuni.
-Mengeluarkan surat saman kepada mana-mana penghuni yang melanggar
sebarang aspek peraturan asrama.
1.3 Kebajikan
-Felo bertugas/ ”on call” perlu membantu penghuni yang sakit / perlukan rawatan
-Memberi bantuan ubat-ubatan ringan daripada first- aid kit mengikut keperluan
dan laporan penghuni
-Memastikan laporan penghuni berkenaan sebarang perkara melibatkan pihak
ketiga- PK,PDS dan lain-lain, diambil tindakan sewajarnya (dengan syarat pihak
Felo turut dimaklumkan)
-Memastikan semua penghuni berada dalam keadaan selesa dan kondusif tinggal di
kawasan dalam kadar yang munasabah.
1.4 Felo Bertugas atau ”On-Call”
-Felo bertugas wajib berada di kawasan kediaman mulai 7.00 ptg hingga 7.00
mlm.Felo ”on-call” mestilah boleh dihubingi dan boleh berada di kawasan
kediaman apabila diperlukan.
-Felo bertugas perlu menyemak buku keluar masuk dan laporan harian pelajar di
bilik PK
3. PROGRAM SISWA WAJA
Program yang dilaksanakan selama ini khusus disasarkan untuk para pelajar baru.Program ini diadakan bertujuan untuk memberi panduan , semangat dan motivasi baru kepada pelajar dalam menentukan halatuju dan matlamatnya di Kolej UNITI.
Program ini merangkumi aktiviti yang melibatkan pembangunan dari aspek jasmani,rohani,emosi dan intelek untuk menghasilkan pelajar yang seimbang dari pelbagai aspek.
Menjadi harapan pihak HEP agar pelajar-pelajar yang melalui program ini lebih bermotivasi untuk menghasilkan kecemerlangan diri dari pelbagai aspek samada dari aspek akademik mahupun sahsiah.
Kursus dijalankan secara berperingkat dengan satu kumpulan seramai 50 orang. Keseluruhan aktiviti fizikal diuruskan oleh jurulatih PDS dengan dibantu oleh beberapa orang fasilitator di kalangan pelajar. Bagi aktiviti ceramah dan kerohanian diuruskan oleh staf-staf akademik Kolej UNITI.
4. CERAMAH UMUM
Program ceramah yang diadakan secara berkala setiap hari Selasa , bermula pada jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang. Aktiviti ceramah ini merangkumi pelbagai skop dan bidang termasuk ceramah keagamaan, motivasi dan lain-lain pengisian mengikut keperluan semasa.Program ini bertujuan untuk menghasilkan pelajar berpengetahuan.
5. UNIT KO-KURIKULUM
Unit Ko-kurikulum ditubuhkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan dianggotai oleh beberapa orang pensyarah selaku penasihat kelab/persatuan.Seseorang pensyarah telah diperuntukkan masa sebanyak 6 jam seminggu di dalam penglibatan HEP selain daripada 18 jam seminggu untuk akademik.
Penyertaan para pelajar di dalam bidang ko-kurikulum ini adalah diwajibkan.Setiap pelajar diwajibkan menyertai satu kelab badan berunifom dan kelab sukan.
Objektif:
1- Melahirkan generasi pendidik yang berkemahiran,bertanggungjawab,bersemangat
waja dan berpandangan jauh.
2- Menambahkan ketabahan dalam menghadapi pelbagai cabaran dan meningkatkan daya tahan dalam melaksanakan tugas yang diberi.
3- Membentuk disiplin diri yang kental serta dapat bertoleransi dalam menjalankan tugas secara berkumpulan.
4- Menguasai kemahiran asas serta mencuba sesuatu yang baru untuk membantu mempertajamkan dan memperkukuhkan kebolehan semulajadi yang perlu difahami, dihayati dan mempraktikkan bagi menuju kecemerlangan.
Matlamat:
Menghasilkan siswa/i yang mempunyai ”Sifat Berdaya Saing dalam bidang kesukanan di samping cemerlang di dalam Akademik ” selaras dengan dasar Kolej UNITI
Kelab / Persatuan :
Sehingga kini sebanyak 13 buah kelab / persatuan yang berdaftar di bawah Unit Ko-Kurikulum telah didaftarkan. Berikut adalah kelab/persatuan tersebut :
1.Kelab Kembara
2.Kelab CHESKU
3.Kelab Al-Wahdah
4.Kelab Usahawan
5.Kelab Com – Tech
6.Kelab As-Sadaqah
7.Kelab Al-Khawarizmi
8.Kelab Nasyid Shoutul UNITI
9.Persatuan Pelajar Islam Kolej UNITI
10.Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
11.Persatuan Seni Silat Gayung Patani
12.Persatuan Askar Wataniah
13.Persatuan Bridged Bomba
6. MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
Mula ditubuhkan pada Jun 1999 yang dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa.Kemudian namanya ditukar kepada Jawatankuasa Kepimpinan
Mahasiswa pada 1 Januari 2001.Pada tahun 2004,ia telah ditukar namanya menjadi Majlis Perwakilan Pelajar.
Dianggotai oleh 5 Majlis Tertinggi serta 10 exco dari kalangan pelajar program diploma. Tempoh perkhidmatan barisan kepimpinan mahasiswa ini adalah selama setahun.
Majlis Tertinggi :
Presiden
Timbalan Presiden 1
Timbalan Presiden 2 (HELWA)
Setiausaha Agung
Bendahari Kehormat
Exco-Exco:
Exco Pembangunan Insan dan Kerohanian (EPIK)
Exco Penerbitan, Penerangan dan Multimedia (EX-INFO)
Exco Akademik dan Intelektual (EX-DINAMIK)
Exco Kebudayaan , Sukan dan Sosial (EX-KESUS)
Exco Kebajikan (EX-KEBAJIKAN)
Objektif :
1.Amal ma’ruf Nahi Mungkar
2.Memupuk mahasiswa yang SMART (Sahsiah Mantap,akademik,rohani teguh)
3.Merealisasikan impian mahasiswa
4.Memupuk jalinan silaturrahim yang erat di kalangan warga UNITI
5.Mengembalikan mahasiswa kepada manhaj islam yang sebenar
PERINCIAN BIDANG TUGAS
Exco Pembangunan Insan dan Kerohanian (EPIK)
-melaksanakan aktiviti yang bersangkut paut dengan pembinaan sahsiah mahasiswa
-melaksanakan aktiviti kerohanian
-menjadikan pengurus dan penggerak kepada aktiviti surau
-bertanggungjawab dalam melaksanakan matlamat MPP yang pertama
-mengeluarkan risalah berkaitan kerohanian dan mahasiswa
Exco Penerbitan,Penerangan dan Multimedia (EX-INFO)
-menerbitkan risalah dan bahan yang boleh mebina pemikiran positif di kalangan pelajar
-mengasah bakat penulisan pelajar
-menjadi saluran informasi pelajar
-membantu usaha promosi program-program yang dianjurkan MPP
Exco Akademik dan Intelektual (EX-DINAMIK)
-menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan akademik dan intelektual
menjadi saluran untuk menyampaikan permasalahan akademik di kalangan pelajar
Exco Kebudayaan, Sukan dan Sosial (EX-KESUS)
-merancang dan melaksanakan aktiviti riadah dan kebudayaan yang bersesuaian untuk
memberi kecergasan dan membudayakan pelajar dengan seperti apa yang dicitakan oleh
Kolej UNITI
-Menggurus dan menyelaraskan penglibatan mahasiswa dengan program-program
berbentuk sukan dan rekreasi di luar kediaman
-membantu dalam aspek penyimpanan dan penjagaan peralatan sukan yang dibekalkan
oleh pihak HEP
Exco Kebajikan (EX-KEBAJIKAN)
-menjadi saluran kebajikan pelajar terutamanya dalam perkara yang menyentuh tentang
kemudahan,kesihatan,sumbangan ikhlas pelajar juga penghargaan kepada pelajar aktif
dan cemerlang
-menganjurkan aktiviti berbentuk kebajikan yang melibatkan masyarakat kampus dan
masyarakat luar
7. JAWATANKUASA BERTINDAK DISIPLIN
Jawatankuasa ini ditubuhkan dalam hal-hal yang berkaitan dengan masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar.Secara kebiasaannya, jawatankuasa ini akan berfungsi sepenuhnya setelah mendapat laporan –laporan bertulis dari HEP berhubung dengan kes-kes disiplin pelajar yang bertentangan dengan Akta Universiti (AUKU) Pindaan 1975,Arahan Tetap Kolej UNITI.
Fungsi :
-menyelaras dalam urusan-urusan yang berhubung kait dengan masalah disiplin pelajar.
-menguatkuasakan undang-undang
-melantik jawatankuasa penyiasat
-menggubal undang-undang Arahan Tetap Kolej UNITI dan Kadar Bentuk Dendaan dan
Hukuman bagi Kes Salah Laku Pelajar
-menjatuhkan hukuman ke atas pelajar yang didapati bersalah
-menjalankan semua bentuk tindakan dan perjalanan mahkamah selaras dengan
peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU)